Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Tuesday, 9 October 2012

sembahyang tanpa kain sembahyang?

assalamualaikum. alhamdulillah. kali ni nak cerita pasal solat tanpa pakai kain sembahyang / telekung. sebenarnya nak solat ni tak wajib pun pakai telekung. yang wajib nya tutup aurat ketika solat. mesti ada antara kita yg pernah tengok muslimah yg solat dengan pakaian yg mereka pakai je. mungkin juga ada yg tak pernah tengok. kalau nampak ada muslimah yg solat tanpa telekung jangan hairan yee.

masa dulu-dulu saya pun rasa pelik bila tengok muslimah solat dengan pakaian mereka je. pelik bukan apa sebab tak penah tengok. tapi, yg hairannya, bila dah penah tengok pun mesti akan rasa nak pandang bila nampak lagi muslimah solat dgn pakaian mereka. unik kan? nampak tak betapa mudahnya islam? lebih-lebih lagi bila kita keluar tak bawak telekung. sampai kat surau / masjid orang lain kena tunggu turn nak guna telekung yg disediakan. tapi, kalau pakaian yg kita pakai dah cukup syarat, boleh terus solat. senang kan?

tetiba, teringat masa permulaan penghijrahan saya. masa tu keluar ke bandar dengan family. tiba-tiba abah cakap 'angah boleh dah tu sembahyang dgn apa yg angah pakai' err, macam tekedu sikit. yelah kan. bila something yg kita tak pernah buat. kita mesti rasa janggal kan? rasa segan pun ada. sebab mesti akan ada mata-mata yg memandang. jadi tak selesa.

since, belajar kat u. masa awal-awal dulu biasa jugak saya solat dgn pakaian yg saya pakai. ingat kan saya ja yg solat macam tu. rupanya, senior-senior dan sahabat-sahabat sem 1 pun ada solat macam tu. jadi, tak laa rasa segan. tapi, bila nak solat diluar dgn pakaian yg dipakai saja. rasa kurang selesa dengan mata yg sering memandang. sekarang tak lagi :) bila kita dah biasa dgn sesuatu pekara tu. kita tak kan rasa janggal lagi. walaupun ada mata yg memandang. saya akan anggap ini adalah ilmu baru untuk mereka yg pertama kali melihat muslimah solat dgn pakaian yg dipakainya. mungkin salah satu cara dakwah secara tidak langsung. siapa tahu kan. sesungguhnya hanya Allah yg Maha Mengetahui.

kalau nak solat dgn pakaian yg kita pakai tu memang mudah. tapi ingat, kita kena pastikan pakaian kita tu tak kena sebarang najis ye. dan satu lagi zaman sekarang ni sarung kaki banyak yg nipis. better pakai stokin. bimbang yg nipis tu still menampakkan bentuk-bentuk jari. kalau sarung kaki tu agak nipis. better pakai kain untuk tutup bahagian kaki tu.

dan satu lagi. tak semestinya nak solat dgn pakaian yg kita pakai tu makna nya dgn memakai jubah / baju kurung semata-mata. TIDAK ya. apa-apa sahaja pakaian yg menutup aurat. contohnya : tudung bawal (make sure tak nampakkan leher-pakai inner neck/syria) , seluar / kain (tak ketat) , t-shirt / blouse (tak nampakkan susuk badan) dan berstokin yee. jangan hiraukan mata-mata yg memandang. just fikirkan pandangan Allah :)

yeah. niatkan kerana Allah

nampak tak? apa itu pakaian terbaik bagi muslimah?

insyaAllah, jika apa yang kita pakai tu boleh diguna untuk solat. itu bermakna. kita dah menutup aurat menepati syarak. wahai akhowat yang di sayangi kerana Allah, tak mahu kah kamu menjaga aurat kamu? sesungguhnya, itu lah maruah kamu muslimah. tidakkah kamu ingin dihormati oleh kaum lelaki dengan cara kamu menjaga perhiasan kamu? jaga solat, jaga aurat, jaga akhlak. berusahalah mencapai redha-Nya.

wallahualam.