assalamualaikum. alhamdulillah. cinta itu fitrah untuk setiap insan. ya. siapa yg tak suka bila dicintai dan mencintai. tapi sayang perasaan yg sangat mahal harganya ini sekarang menjadi permainan untuk kita. hari ini terlalu ramai yg menggunakan alasan fitrah untuk mereka bercinta secara bebas. kadang-kala sanggup meminggirkan batas-batas yg ditetapkan oleh Allah.
kita dapat lihat betapa ramainya remaja-remaja hari ini leka dan lalai kerana cinta. mereka terlalu asyik dengan kata-kata cinta yg dicurahkan. mereka lebih mengutamakan cinta terhadap manusia berbanding cinta kepada Allah. betapa sedih jika kita melihat masalah ini.
ada yg memberi seribu alasan bila ditegur tentang hal ini. katanya, mereka pasti mereka tidak akan melanggar hukum yg ditetapkan oleh Allah. pastikah kita dengan jawapan itu? sedangkan hari ini kita sendiri dapat lihat betapa ramainya remaja yg akhirnya dikalahkan oleh hawa nafsu. hari ini kita mampu mengawal. bagaimana pada hari-hari seterusnya?
tak takutkah kita dengan azab Allah? ajal tidak mengenal usia. mahukah kita mati dalam keadaan melakukan maksiat? alangkah lebih indah jika kita mati ketika berusaha mengenali Allah. itu lebih indah. cinta Allah itu hakiki. cinta Allah itu tiada lawannya.
rebutlah cinta Allah. cuba fikir sejenak. bercinta manusia pelbagai ragam & masalah yg kita dapat lihat. kadang-kadang kita dimarahi pasangan kita berhari-hari lamanya. tapi, Allah pernah tak marah kita? pintu taubat untuk kita sentiasa terbuka. kalau dengan pasangan kita perlu pujuk bila dia merajuk. tapi Allah tak pernah merajuk dengan kita. indahkan bercinta dengan Allah. lumrah berpasangan bila ada je tarikh pentingnya mulalah sibuk memikirkan hadiah untuk diberikan kepada pasangan. kadang-kadang sampai tak tahu nk belikan apa. bercinta dengan Allah kita tak payah susah-susah. Allah berikan kita segala-galanya. apa yg kita tk minta pn Dia berikan. tak cukup hebat lagi ke Allah?
ya. dalam proses kembali pada fitrah. kadang-kala iman ini tergugat apabila melihat mereka yg berpasangan tanpa ikatan halal. sehinggakan mengiakan hasutan syaitan. ya, setiap manusia ingin disayangi dan menyanyangi. semua itu lumrah kehidupan. tapi, pujuklah hati. tanya diri kita adakah layak kita mencintai manusia jika cinta kita terhadap Allah & Rasul masih lemah? bagi saya sebelum mengorak langkah seterusnya mantapkan dulu hubungann dengan Allah. kukuhkan cinta terhadap Allah & Rasulullah saw. biarlah kita mencintai pasangan yg halal untuk kita kerana Allah. kerana agamanya. andai hilang cintanya terhadap agama. hilanglah cinta kita kepadanya. itulah yg dikatakan cintakan pasangan kerana Allah dan agamanya. teruskan bermujahadah untuk mencari cinta yg hakiki. wallahualam.