Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Friday, 14 September 2012

jubah

assalamualaikum. alhamdulillah. dah nak pukul 1 pagi dahh ni. haish. esok ada KI pulakk. ermm. malasnyaa nak pegi. tapii nak buat macam mana kan? sebagai pelajar yg bertanggungjawab kena laa pegi *hahaa. ish salu intro lari pada topik kan? hee. nak cakap pasal jubah :)

sangat-sangat suka pakai jubah. kenapa? mudah, selesa. betol tak tipu. tapi sayang dulu jubah ni muslimah pakai sebab longgar dan menepati syariat islam. sekarang ni? jubah pun dah dimodenkan. kalau dulu jubah ni sangat sesuai untuk menutup aurat dengan sempurna. sekarang ni kena berhati-hati ketika membeli. kenapa? jubah sekarang banyak ikut shape. kalau dah ikut shape tu ikut ke syariat islam? fikir-fikirkan dan selamat beramal ;)

kalau aku nak beli jubah, aku akan make sure jubah tu tadak dart kat belakang. sebab nya dart tu lahh yg akan menampakkan shape ni. mostly jubah aku beli jubah CINTAKU. setakat ni harga jubah-jubah aku tak pernah over than RM 100. paling mahal RM 85 kot. actually memang laa peniaga letak harga kadang-kadang sampai 120. ibu kan pembeli yg hebat. tah macam mana boleh dapat semurah tu. hahaa. dan mungkin juga Allah mempermudahkan jalan untuk aku. alhamdulillah. kenapa aku cakap macam tu? sebab masa aku duk cari jubah tu dalam tempoh percubaan untuk aku berubah. betulkan orang cakap, kalau kita berubah ke jalan Allah, Allah akan bantu kita. alhamdulillah :')

sebenarnya sekarang ni tengah duk cari jubah.tapi tulahh kan tak tahu nak cari kat mana. aku prefer jubah hitam. kenapa? ermm, aku pun tak tahu. tapi aku rasa selesa. tudung pun aku sangat selesa pakai tudung hitam even aku ada tudung yg kaler-kaler tuh. masa awal-awal dulu, aku selalu fikir "tak panas ke nak pakai jubah hitam dengan tudung labuh hitam?" mula-mula tu memang aku dah fikir tak nak pakai. tapi biasa nya kalau online selalu aku tengok gambar muslimah-muslimah yg berpurdah pakai jubah hitam dgn tudung hitam. so, aku terfikir. diorang tu lagi laa. tutup aurat lebih pada aku. lagi panas pada aku. kenapa aku tak try kan?

dan yaa. aku dah try :) tak rasa panas sangat pun. mungkin Allah tolong kurangkan rasa panas tu. alhamdulillah. yelaa cuba fikir mana yg kita nak :

1. panas dan berpeluh pakai jubah hitam dan tudung labuh hitam
atau
2. panas dan berpeluh pakai baju sendat dan jeans?

lebih baik redha Allah yg dicari. bukan gitu? ;)

dan petang tadi. aku saja google search. aku pun tak tahu apa yg aku google sebenarnya. tapi alhamdulillah aku jumpa blog-blog yg islamic :D dan kemudian masuk satu website muslimah menjual jubah dan abaya. apa beza jubah dan abaya? err. aku pun tak berapa sure sebenarnya. kalau aku dah sure nanti aku bagitau. insyaAllah. dan penulisnya itu menyatakan. dulu, dia sangat tak suka warna hitam (tak dinyatakan pulak kenapa) tapi sekarang, dia suka mengenakan abaya hitam dan berniqab. hitam jugak lahh. sebab nya hitam tu warna sunnah. wallahualam. aku pon tak tahu. dia lebih berilmu berbanding aku ni. try laa google untuk kepastian. aku dah google. tapii biarlahh kalian mencari ilmu jugak kan ;)

jadi, sekarang aku dah tahu laa. kenapa kebanyakan niqabis ini gemar berpakaian hitam. kerana SUNNAH. bukan nya saja-saja. mungkin ada juga yg bagi jawapan untuk tidak menarik perhatian lelaki ajnabi. erm. nak komen banyak pun aku tak tahu pasal ni sangat. tapi bagi aku, kalau dah tahu hitam tu antara warna sunnah. niatkan di hati bila berpakaian hitam. insyaallah dapat manfaat  (pahala). maaf jika apa yg aku cakap ni salah. sekadar memberikan pendapat aku yg dhaif. naqibah aku pernah cakap sebenarnya, kalau setiap benda yg kita buat dalam kehidupan, kalau diniatkan kerana Allah dan ikut sunnah insyaAllah dikurniakan pahala. wallahualam.