Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Wednesday, 19 September 2012

ukhwah

assalamualaikum. alhamdulillah. ukhwah? erm. aku pun tak tau kenapa sekarang ni aku sangat-sangat minat dengan topik ukhwah ni. mungkin sebab dulu aku tak pentingkan sangat ukwah ni. betul. dulu aku just nak jaga ukhwah aku dengan rakan-rakan yg rapat dengan aku je. kenapa? mungkin aku pentingkan diri? ya. mungkin jugak kan? banyak aku baca artikel pasal ukhwah ni. dan ada rakan-rakan aku yg selalu nasihat tentang ukhwah ni. nasihat macam mana? diorang cakap paslal kemanisan berukwah. kebaikan. tuntutan. sangat banyak yaa. dan mungkin sebab itu aku tertarik pasal ukhwah ni.

ya. aku dulu, tak laa rapat sangat dengan classmate aku. aku sangat-sangat tak reti menghargai ukhwah yg ada depan mata. aku tak siramkan ukhwah itu dengan kasih sayang antara sahabat. boleh kata aku memang tak berapa tahu pasal classmate aku. tapi berbeza dengan dorm mate aku. rapat dengan dorm mate even sometime ada laa selisih faham tu. sekarang untuk aku rapatkan ukhwah dengan dorm mate aku tak rasa benda tu sukar. sebab dulu banyak spend masa dengan diorang. tapi kalau classmate tu. hurm. macam payah je. yelahh. diorang pun ada geng-geng sendiri. aku bukan nak menyelitkan diri aku antara ahli geng mereka. tapi aku nak berukhwah dengan mereka sebaik mungkin. bukan nye aku tegah mereka dari berkalompok. tak salah ada kelompok masing-masing. tapi lebih baik, lebih indah jika kelompok itu dipecahkan. dan berukhwah tanpa mengira apa pun.

andai ada sahabat yg melakukan kesilapan. kita perlu tegur dalam berukhwah. bukan nya mengutuk. bukannya pergi meninggalkan rakan yg dalam keadaan bersalah. tapi, bimbinglahh dia. mungkin hari ini dia masih melakukan kesilapan yg sama. tapi teruskan lahh menasihati rakan itu. dan berdoa semoga hatinya terbuka untuk kembali ke jalan yg betul. kadang-kadang sedih bila lihat rakan yg tidak pentingkan ukhwah. mereka kutuk rakan dari belakang. mereka cari rakan itu untuk kepentingan. sedih bila melihat perkara ini berlaku. kenapa tak hargai ukhwah yg kita bina? ukhwah kadang-kadang terbina tanpa kita sedari.

andai rakan/sahabat kita dalam kesusahan. kita bantu lahh dia. andai dia memerlukan sokongan. sokong lahh dia. bantu dia untuk kembali kuat. bila melihat rakan itu sedang mencari jalan yg benar. bimbinglah dia. bila melihat dia melakukan dosa. tegurlah dia. jangan biarkan mereka berasa keseorangan. kerana kita telah mengenali antara satu sama lain melalui hubungan yg sangat bernila-ukhwah.

bila berukhwah. biarlahh matlamat kita berukhwah hingga ke jannah. bukan semata-mata berukhwah di dunia. hargai ukhwah yg telah kita ada. bila kita sedar ukhwah itu kering. siramlahh ukhwah itu. basahkan ukhwah. jangan biarkan ukhwah itu kering. wallahualam.

bila baru sedar kepentingan ukhwah ni baru dapat lihat kejahilan soal berukhwah dalam diri aku. sedih sangat bila teringat aku ni tak jaga ukhwah aku dengan rakan-rakan. andai aku punya kekuatan yg secukupnya. akan aku jalinkan semula ukhwah aku dengan mereka. akan aku perkukuhkan ukhwah antara kami. semoga Allah permudahkan. insyaAllah :)