Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Monday, 15 October 2012

husnuzon itu perlu

assalamualaikum. alhamdulillah. tinggal lagi satu paper khamis ni. sekejap je kan? paper last ni antara paper yg mengerikan. semoga Allah permudahkan. ok. apa itu husnuzon? mula-mula ternampak perkataan ni, saya tertanya-tanya apa maksud husnuzon yee? saya pon google laa. maksudnya, bersangka baik :) saya terpesona, melihat perkataan husnuzon ni ketika membaca status seorang ukhti di FB. dan alhamdulillah. saya akan berusaha menanam sifat husnuzon ni dlm diri. insyaAllah.



ya. husnuzon ni sangat perlu. mengapa? kalau kita lihat, zaman sekarang manusia suka sangat buat splekulasi sendiri. walaupun mereka tak tahu perkara itu betul atau pun tidak. itulah manusia. suka sgt buruk sangka. kang tak pasal-pasal jadi fitnah. berdosa. situasi yg memerlukan sifat ni contohnya bila kita tengok sesuatu yg mungkin akan mengundang tanggapan negatif. kita cuka untuk berfikir secara positif. contoh yg mudah :

kita nampak seorang remaja lelaki dan perempuan bergurau manja antara satu sama lain. kita perlu husnuzon. mungkin mereka adik beradik. ataupun mungkin itu pasangan suami isteri. kita tidak mengenali mereka. jadi, jgn terlalu mudah untuk membuat andaian yee.

dan mungkin, ada org yg akan bersangka buruk terhadap kita bila kita buat sesuatu perkara. jgn ambil hati. jgn pedulikan perkara itu. anggap ianya ujian dari Allah. anggap itu adalah satu titik untuk membangkitkan semangat kita untuk mengajak org lain menanam sifat husnuzon ini dlm diri mereka.


post ini bukan bermaksud saya tak pernah membuat andaian yg begitu. tapi, ini sebagai peringatan dan nasihat untuk saya dan kamu. bg saya, sebagai sahabat, saya perlu menyampaikan ilmu yg saya rasa berguna utk sahabat saya. doakan saya untuk tanamkan sifat husnuzon ini yaaa. semoga ianya bermanfaat untuk kita. insyaAllah.

wallahualam.