Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Sunday, 21 October 2012

kekuatan

assalamualaikum. alhamdulillah cuti semester ni saya dapat banyak sangat khabar yg gembira :') dan juga hadiah yg tak disangka dari Allah. since kat twitter saya follow beberapa ukhti #teamhijrah. saya sangat-sangat cemburu dgn mereka. kenapa? mereka ada sahabat yg menyokong. yg membantu. dan mereka sama-sama berhijrah. cemburu dlm hati ini hanya Allah yg tahu. siapa yg tak nak kan ada sahabat yg bersama-sama sedang bermujahadah. tk sampai seminggu saya mengadu kepada Allah, saya dapat seorang sahabat yg sedang berhijrah seperti saya. subhanallah. betapa baiknya Allah. saya sujud syukur kepada-Nya atas hadiah itu. namun, ini tak bermakna saya akan melupakan sahabat saya yg lain. saya sayang semua sahabat saya kerana Allah. dan saya tak nak mereka membuat kesilapan saya yg dulu. saya nk berpimpin tgn ke syurga dgn sahabat-sahabat saya. itu impian saya. mampukah saya?

sekian lama saya menyepi. cuma kadang-kadang sahaja meng-update status di facebook. setelah ada teman untuk mengadu. untuk meluahkan perasaan. teman yg menasihati saya. teman yg sangat baik. terdetik di dalam hati. untuk meluahkan sesuatu yg telah lama terbuku dalam hati kotor saya ini. saya ingin sekali mengajak sahabat-sahabat saya berubah. ingin sekali berdakwah kepada mereka. tapi, apakan daya saya. saya cumalah seorang manusia yg lemah. masih belum punya kekuatan untuk berdakwah kepada mereka. dan, setelah saya meluahkan isi hati dengan meng-update status di facebook. saya mendapat khabar gembira lagi daripada beberapa orang teman :') mereka menyatakan hasrat ingin berubah. mereka meminta nasihat saya. hanya Allah yg tahu apa perasaan saya pada saat itu. Allah memakbulkan doa saya yg sekian lama saya meminta dari-Nya. walaupun mereka yg ingin berubah itu bukan sahabat yg rapat dgn saya. saya akan merapatkan diri dengan mereka sebaik mungkin. cuba menjawab persoalan dari mereka.

persoalan yg sering bermain di fikiran mereka adalah 'saya tak kuat macam bella'

apa yg boleh saya perkatakan. saya juga macam kamu dulu. bahkan lebih lemah dari kamu. saya berpura-pura menjadi kuat di samping berdoa supaya Allah kuatkan saya untuk berubah ke jalan-Nya. siapa saya pada hari ini sangat berbeza dengan saya 6 bulan lepas. kamu tahu, pada awal penghijrahan saya banyak mana air mata yg saya keluarkan? setiap malam, saya tidak boleh tidur kerana menangis. menangis memikirkan dosa-dosa lalu saya. menangis kerana saya tidak kuat untuk hadapi perubahan yg sedang saya lakukan. tapi, saya tekad untuk berubah. saya paksa diri untuk kuat. walaupun, kenyataannya setiap kali saya bangun pada waktu pagi. mata saya bengkak. saya merasakan diri ini sangat lemah. ya, saya lebih lemah dari kamu sahabat. saya yakin setiap dari kamu mampu untuk menjadi muslim yg lebih baik. bahkan lebih baik dari saya. kamu tahu bagaimana saya mampu hadapi semua ini? tanpa pengetahuan ibu dan abah, saya cuba untuk berubah. tak pernah dari mulut saya bagitahu mereka saya ingin berubah. kerana saya malu dengan diri saya. namun, ada sahabat-sahabat yg faham saya. mereka berikan kata-kata semangat untuk saya bermujahadah. dengan bantuan dan izin Allah. saya berjaya berstokin, melabuhkan tudung bawal, memakai pakaian longgar :') saya bertuah kerana punya mereka yg menyokong saya.

ketika hendak mula pakai tudung labuh / tudung bulat. saya tidak yakin dengan diri. saya tak kuat. saya tak yakin. saya ceritakan hasrat saya kepada seorang sahabat saya yg berniqab. kata-kata dia hingga hari ini saya ingat ' kekuatan itu datangnya dari Allah ' setiap hari, saya berdoa meminta kekuatan dari Allah. dan alhamdulillah Allah permudahkan saya bertudung labuh. kerana semangat yg berkobar-kobar, saya beli sendiri kain. dan saya jahit sendiri tudung itu. semuanya itu dengan bantuan dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat saya. saya minta izin dari abah untuk bertudung labuh. saya katakan saya nk  mula pakai pada 1 syawal. tapi, sebenarnya pada awal ramadhan saya dah mula pakai di kampus. tanpa pengetahuan ibu dan abah. yg tahu hanya sahabat-sahabat. tapi, alhamdulillah. ibu dan abah terima perubahan saya. bahkan, mereka lebih gembira.

dengan tersarungnya tudung itu pada tubuh saya. itu tidak bermakna saya maksum. tak bermakna saya tidak melakukan kesilapan. tak bermakna saya tidak boleh ditegur. saya hanya manusia biasa. yg sering melakukan kesilapan. andai, kamu lihat saya melakukan kesilapan tegurlah saya. bimbinglah saya ke arah yg membina. sama-sama kita menuju kejayaan. kamu tahu macam mana untuk mendapatkan kekuatan? percaya dengan diri kamu. percaya kamu mampu berubah. kuatkan mental kamu. automatik, fizikal kamu kuat. yakin dengan diri. saya tk pernah sedar diri saya ada kekuatan untuk berubah sehingga kamu yg beritahu. andai ada yg saya boleh tolong kamu ke arah kebaikan. suarakan lah. saya sudi membantu kamu. insyaAllah. saya cuba lakukan yg terbaik. sesungguhnya saya sayangkan sahabat-sahabat saya kerana Allah. saya tidak mahu melihat sahabat-sahabat saya melakukan kesilapan seperti saya. cukuplah saya seorang saja. saya ingin berpimpin tangan ke syurga bersama kamu sahabat. saya inginkan ukhwah yg terjalin antara kita ini tidak sampai di sini sahaja. bahkan berkekalan hingga ke syurga. insyaAllah.

buat sahabat yg sedang bermujahadah. saya yakin. kamu mampu untuk terus berjuang. ya, berjuang melawan hawa nafsu. itu adalah satu jihad sahabat. teruskan usaha kamu. saya tembak doa untuk kamu semua. insyaAllah. semoga Allah redha.

wallahualam.