Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Tuesday, 13 November 2012

jatuh


assalamualaikum. alhamdulillah. saya rasa untuk mereka yg berhijrah. jatuh di kala masih baru di jalan Allah itu sememangnya berlaku. pelbagai faktor yg menyebabkan kita terjatuh. mungkin disebabkan keadaan persekitaran. mungkin juga kerana iman yg masih belum kukuh tapaknya. la tahzan. ujian-ujian seperti inilah yg menjadi rencah kehidupan kepada kita. setiap ujian Allah ada hikmahnya. jangan kita rasa down bila kita jatuh. itu adalah lumrah. kita ambil dari sudut positif.

bila kita sedar kita jatuh. kita tersasar walaupun sikit je dari jalan Allah. kita muhasabah diri. kita buat analisis diri kita. dekatkan diri dengan Allah. banyakkan berdoa. insyaAllah Allah akan batu kita untuk terus bermujahadah di jalan-Nya. jangan pernah jemu berdoa kepada-Nya. Allah suka hamba-hamba yg berdoa ni. ya, untuk ke jalan Allah banyak dugaaan dan cabaran. mungkin ini juga adalan antara ujian-ujian itu. la tahzan inallaha ma'ana. hadapi ujian yg diberikan dengan tabah. Allah uji hambanya berdasarkan kemampuan. apapun ujian yg kita hadapi. percayalah kita mampu tempuhi. yakin dengan Allah.

sampai bila kita nk terus berada dalam zon selesa? ujian ini penting untuk kita sebenarnya. kenapa? dengan ujian ini kita boleh dapat ilmu baru. kita boleh dapat support dari kawan-kawan. kita dapat rasakan kemanisan berukhwah. kita dapat rapatkan hubungan dengan Allah dan manusia. insyaAllah. kalau kita berfikir dari sudut negatif sama seperti kita bersangka buruk terhadap Allah. ingat, ujian yg diberi kepada kita ini untuk naikkan martabat kita sebagai hamba-Nya yg hina.

jadi, hadapi setiap ujian Allah dengan tabah. kalau kita boleh mula dari bawah. insyaAllah kita mampu bangun kembali setelah jatuh. percaya pada Allah dan diri sendiri itu yg penting. wallahualam.