Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Sunday, 28 October 2012

pakaian

assalamualaikum. alhamdulillah. sekejap je masa berlalu sekarang ni. pejam celik dah seminggu cuti sem berlalu. nanti sedar-sedar dah habis cuti. biasa la tu kan. kalau tadak pengisian masa cuti mesti rasa bosan je. kalau ada pengisian, bukan saja rasa best, kita jugak dapat banyak ilmu baru. insyaAllah.

untuk post kali ni, saya lebih ingin memperkatakan tentang pakaian. berdasarkan pengalaman saya, sebenarnya  pakaian memainkan peranan penting untuk kita. mengapa? ada yang beranggapan pakaian memperlihatkan kepada masyarakat tentang akhlak seseorang. ada mungkinnya. tapi, di sini saya lebih setuju jika kita katakan sebenarnya pakaian itu yg mendidik akhlak kita, keperibadian kita. bagaimana?

cuba kita fikirkan sejenak. sekiranya, kita memakai jeans ketat, baju sendat. ada ke tidak perasaan malu kita? ada. tapi mungkin lebih sedikit jika dibandingkan bila kita memakai baju kurung bukan? walhal, ianya cumalah sekadar pakaian yg menutupi badan kita. tanpa kita sedar, bila kita memakai pakaian yg ke araah menutup aurat dengan sempurna sebenarnya, pakaian itu sedikit sebanyak telah membentuk kita.

bila kita sudah terbiasa memakai jeans ketat, baju sendat, kita tidak akan terasa malu untuk membuat sesuatu perkara. atas alasan sudah biasa melakukannya. tapi, bila kita berbaju kurung, aktiviti kita seakan-akan terbatas.betulkah? sebenarnya, jika kita sudah membiasakan diri kita memakai sesuatu pakaian itu, kita seolah-olah sudah berada di zon selesa dengan pakaian berkenaan. dan untuk memakai sesuatu pakaian yg jarang sekali kita pakai perasaan janggal mula muncul.

berdasarkan pengalaman saya sendiri. suatu ketika saya memakai pakaian yang tidak menutup aurat dahulu. sifat malu saya seolah-olah berkurangan. ataupun, saya malu tidak bertempat. bila, saya berbaju kurung. sedikit sebanyak ada batas untuk diri saya. dan, kemudiannya setelah saya berhijrah, saya merasakan, pakaian-pakaian saya kini telah membentuk keperibadian saya ke arah yg lebih baik alhamdulillah.

jika dulu saya suka bercakap banyak tanpa mengira batas. kini, masih bercakap banyak, lebih terkawal. hanya  dengan akhowat sahaja saya bercakap banyak. alhamdulillah. jika dulu saya tidak punya rasa malu untuk menegur kaum lelaki. sekarang sudah rasa janggal untuk menegur mereka tanpa keperluan. alhamdulillah. jika dulu, saya tidak punya rasa malu untuk ketawa kuat-kuat. kini saya mampu mengawalnya. alhamdulillah. jika dulu saya malu untuk bertanya bila perlu. sekrang tidak lagi alhamdulillah.

pakaian-pakaian saya telah banyak membantu saya dalam penghijrahan ini tanpa saya sedari. alhamdulillah. nasihat saya untuk yg  ingin behijrah. langkah pertama adalah check kembali pakian anda. adakah anda telah menutup aurat dengan sempurna? menutup aurat bukan sekadar memakai tudung. ingat. pakai tudung tak wajib. tapi, menutup aurat itu yang wajib. adakah kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yg tidak menutupi dada, baju yg menampakkan susuk badan, seluar jeans yg ketat? apa yg kita pakai itu sangat penting untuk mendidik kita secara tidak langsung.

saya mohon maaf jika ada yang tidak setuju dengan pendapat dhaif saya. saya juga manusia. serba kekurangan. tidak sempurna. tegurlah andai saya silap.

wallahualam.