Assalamualaikum, Alhamdulillah.
Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para Nabi tidak mewariskan dinar & dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut, ia telah mengambil habuan yg paling sempurna.
[HR Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud & Ibnu Majjah]
Adakah kita tergolong dalam mereka yang telah mengambil habuan yg paling sempurna?
Hanya kita yang mampu menjawab persoalan itu.
Namun. apa yang dapat dilihat pada hari ini, masyarakat terlalu mencari hiburan yang melalaikan berbanding ilmu yang memberi manafaat.
Bila sebut soal ilmu, terutamannya ilmu agama ramai yg mengeluh.
Allahu.
Kenapa jadi begitu? Adakah kita rasa ilmu yang kita ada ini dah banyak?
Sebenarnya, ilmu yg kita ada ni dapat diibaratkan seperti setitik air di laut.
Sikit bukan?
Jadi, kenapa kita perlu berlagak? Kenapa kita malas untuk mencari ilmu?
Orang yang berilmu ini, Allah akan angkat beberapa darjat. Dah ada peluang kenapa tak gunakan?
Bila orang ajak ke majlis agama macam-macam alasan kita bagi.
Padahal kita tahu, majlis-majlis ilmu ini merupakan antara taman-taman syurga.
Kalau ke taman syurga pun kita malas nak pergi. Mampukah kita nak melayakkan diri ke syurga Allah yg kekal abadi?
Ada pulak sekumpulan kecil dalam masyarakat ni, bila orang yg berilmu sedang berbicara tentang agama. Kita pun nak menyampuk sekali. Sedangkan, kita tidak ada ilmu. Tapi, kita tetap pertahankan hujah kita yg berdasarkan akal semata-mata. Terus menidakkan pendapat orang lain yg bersumberkan al-Quran & hadis.
Adilkah begitu?
Imam Syafie pernah berkata : "Aku mampu berhujah denga 10 orang yg berilmu, tapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil"
Nak ke kita tergolong dalam mereka yg jahil ketika berbicara?
Jom recheck diri kita. Jangan hanya melihat kesalahan orang lain.
Sekadar peringatan bersama.
Wallahualam.