Pages

the muslimah

My photo
bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah dilahirkan sebagai islam. mendapat hidayah dari Allah disaat dunia semakin jauh dariNya. aku bukanlah manusia yg sempurna. insyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang berjasa untuk agama. tegurlah diri ini ketika melakukan kesilapan. bantulah ketika diri ini jatuh di tengah-tengah masalah. marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah swt. wallahualam.

Monday, 7 January 2013

muhasabah diri


Assalamualaikum. Allahamdulillah.

Selama kita menumpang di bumi Allah, pernah tak kita berfikir sejenak soalan ni :

Apa tujuan Allah ciptakan manusia?

Bukankah untuk menjadi khalifah di muka bumiNya?

Ya, setiap dari kita ini adalah khalifah! Kita sebenarnya sedang menggalas satu amanah dari Allah.

Adakah kita telah menjalankan amanah & tanggungjawab yg diberikan oleh Allah kepada kita?

Andai jawapannya belum, kenapa? "Saya belum sempurna"

'Andai kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan di muka bumi ini.' [Imam Syafie]

Wahai sahabiah-sahabiah yg disayangi kerana Allah, luaskanlah pemikiran. Jangan sempitkan akal fikiran kamu yang luas itu sahabat!

Setiap dari kita mempunyai KEWAJIPAN dalam menyebarkan Islam.

Sedarlah sahabat, kita ini sedang menggalas amanag dari Pencipta kita.

Kenapa kita tidak jalankan tugas kita sebagai khalifah?

Apakah kita mempunyai alasan yg kukuh untuk menjawab soalan-soalan Allah di akhirat kelak?

Apa jawapan yang kita boleh berikan ketika disoalkan kerana tidak jalankan amanah yg diberikan?

Allah, Allah. Tak takutkah kita dengan Allah? Tak takutkah kita dengan azab Allah?

Hebat sangat ke kita ni sampaikan sanggup mengkhianati amanah yg diberikan Allah kepada kita?


" Apakah yang paling berat di dunia ini? " AMANAH

Selagi kita tak bergerak, selagi itu beban yang kita pikul tidak berkurang, bahkan semakin bertambah.

Allah berfirman : " Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya & takut menerimanya, kemudian amanah tersebut dipikul oleh manusia."
[Surah al-Baqarah]

Lihatlah, betapa hebatnya manusia. Kita ini sebenarnya, insan telah dipilih oleh Allah untuk memikul amanah ini.

Jalankan amanah ini. Jangan berikan 1000 alasan.

Nabi SAW bersabda : "Setiap dari kamu adalah pemimpin & setiap dari kamu dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya."

Kita ini adalah pemimpin. Ya, yakinlah pada diri wahai sahabat-sahabat.

Ayuhlah sahabat, pejuang agama Allah, sama-sama kita bangkit untuk jalankan amanah Allah yang kita pikul.

Berjuanglah untuk agama Allah.

Apakah, jasa kita kepada agama selama kita menumpang di bumi Allah?

Tidakkah kita ingin berbakti kepada Allah yang menciptakan kita?

Tepuk dada, tanya iman.

Wallahualam :)